SEJARAH SEKOLAH
Pembinaannya
bermula pada tahun 1965 atas daya usaha Rev. Geest. Bangunan yang dibina
mempunyai 5 kelas, sebuah bilik guru, pejabat am dan pejabat pengetua. Pada 07
Januari 1966, SMK St Peter Bundu dibuka secara rasmi. Ia bermula dengan hanya
satu kelas bagi setiap tingkatan dengan purata seramai 17 orang murid bagi
setiap kelas. Pada tahun 1968, kelas peralihan telah dibuka kerana berlakunya
pertambahan bilangan pelajar yang lulus darjah enam daripada sekolah-sekolah
kerajaan yang menggunakan aliran Bahasa Melayu.
Pada
tahun 1968, sekolah ini mencipta sejarah kerana buat julung kali mengadakan
Junior Certificate of Education(JCE)yang juga dikenali sebagai Penilaian
Menengah Rendah(PMR)pada hari ini. Dalam peperiksaan pertama ini hanya seorang
sahaja murid gagal daripada 17 orang murid yang mendudukinya. JCE kemudiannya
digantikan dengan Lower Certificate of Education(LCE) pada tahun 1976.
Pada
tahun 1977, Sijil Rendah Pelajaran(SRP) diperkenalkan sebelum digantikan pula
dengan Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada tahun 1993. Oleh kerana sekolah ini
hanya menawarkan pembelajaran sehingga tingkatan tiga, lepasan tingkatan tiga
terpaksa menyambung pendidikan mereka di sekolah yang berhampiran seperti SMK
Kuala Penyu.
Selaras
dengan program pertambahan bilik darjah dan juga kesukaran pelajar meneruskan
persekolahan di tempat yang lebih jauh, maka pada tahun 1995, tingkatan empat
berjaya diwujudkan dengan seramai 33 orang pelajar menduduki SIjil Pelajaran
Malaysia(SPM) pada tahun berikutnya. Sekolah ini terus berkembang apabila
berjaya membuka kelas aliran sains pada tahun 2002 dengan seramai 25 orang
pelajar menjadi pelajar perintis menduduki SPM aliran sains pada tahun 2003.