KATA-KATA ALUAN PENGETUA SMK ST. PETER BUNDU KUALA PENYU
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kerana saya diberi ruang dan kesempatan untuk merakam sepatah dua kata dalam ruangan ini. sebelum meneruskan bicara, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli sidang media dan ICT sekolah 2017 kerana telah berjaya menerbitkan blog SMK ST Peter Bundu yang bukan sahaja sekadar catatan umum sekolah, bahkan rujukan tentang kemajuan SMK ST. Peter Bundu yang rasmi.
Blog sekolah SMK ST. Peter Bundu yang diterbitkan pada tahun 2017 ini merupakan suatu bukti penting sebagai gambaran kecemerlangan pendidikan SMK ST Peter Bundu kerana masih boleh bersaing dan tidak ketinggalan dalam arus teknologi moden seperti blog yang seharusnya diketengahkan sebagai satu bentuk pendidikan baru dalam negara kita yang memang jelas terbukti keberkesanannya selain penggunaan blog sebagai salah satu media informasi dan rujukan yang rasmi.
Akhir kata, saya berharap agar semua warga SMK ST Peter Bundu terus melipatgandakan usaha untuk meraih kejayaan dalam semua bidang dan dapat meneruskan penggunaan teknologi atas talian seperti blog agar mutu pendidikan sekolah dapat dipertingkatkan dan seterusnya dapat menyumbang ke arah kualiti pendidikan negara.
EN. JUSTIN BIN IPIU
PENGETUA
SMK ST PETER BUNDU, KUALA PENYU